Saturday, November 14, 2015

Family Day | Pakaian Beragam

Masa family day sekolah abah, malam tu ada pertandingan pakaian beragam. Sepatutnya, saya ngan Iffah  masuk pertandingan tu tapi malam tu Iffah buat hal tak nak masuk. Agaknya dia dah ngantuk petangnya penat mandi dalam kolam renang. Masa petang lepas mandi tu, abah dah suruh kitaorang tidur dulu tapi biasalah bila excited duduk dalam bilik Tanjung Leman Felda Residence tu, mananya nak tidur.

Peserta yang bertanding. Iffah sempat daftar nama ngan ambil gambar ni je. Lepas tu, bila nama dia kena panggil untuk buat gaya depan orang, dia tak nak pergi dah.


Nak tengok gaya saya?


Akhirnya, bila keputusan diumumkan, saya jadi johan rupanya!
Dapat Hello Kitty lagi...hehe


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Followers